Monday, December 1, 2008

Fraser Hill

27-29hb Nov.2008, opis aku telah mengadakan seminar ISO di Shahzan Inn Bukit Fraser..Seminar ni diadakan untuk memberi taklimat tentang pemberian sijil ISO di pejabat2 Daerah dan Tanah di seluruh negeri Pahang.so..kena ikut prosedur yg telah ditetapkan barulah dapat Sijil ISO ni..
Seminar yg dijalankan tidak la terlalu memberatkan kepala..masuk dewan pun just wat prosedur kualiti dlm group..cuma cuaca yg sejuk membuatkan hidung aku asyik tersumbat je..sejuknya...so petang jumaat tu dalam hujan yg renyai2,sempat gak aku p melawat kawasan.. indahnya ciptaan Tuhan...


Gambo pemandangan dari bilik hotel..

Posing depan mercu tanda Bukit Fraser..(Gambo jam xnampak)

Tekun menyiapkan prosedur kualiti..sempat gak posing..hehehe

***********Ruangan Pengantin Baru********

30/11/2008..budak unit aku telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya..Tahniah wat Lin n Ikhwan..walaupun beberapa hari sebelum mendirikan umahtangga diorang telah 'gado besar'..akhirnya jodoh tetap memihak kepada mereka. Pasangan ini telah diijabkabulkan pada malam 30hb..Buat Lin, Kak Tie doakan semoga Lin bahagia hingga hujung nyawa..Jangan gado2 lagi ekkk.

Adib dan ibu bergambo ngan pengantin perempuan