Thursday, June 19, 2008

...Selamat Pengantin Baru...

25hb November 2006, adalah hari keramat dlm idup aku..Pada tarikh ini aku telah sah bergelar seorang isteri kepada Sawalruddin bin Bakar...Jadi aku nak berkongsi cerita kat kawan2 sume tentang hari bersejarah aku...Lagipun ramai bebudak opis aku yang tak dpt tgk gambo aku kawin..
Aku telah dinikahkan oleh Ustaz yang mengajo aku mase sek rendah dlu..so,pada malam akad nikah..ustaz ni lebih xcited dr hubby aku..bila time nak akad nikah, ustaz ni tersasul nama aku.."Aku nikahkan dikau dengan Fatimah bin Md Noh...bla bla bla...."so hubby aku yang dok ngelabah ni terkejut.."ustaz..binti la bukan bin...""opsss...maaf ye..kita mula skali lagi..Hubby aku yang dok ngelabah makin ngelabah..yelah..kalo ustaz yang nak nikahkan dia leh tersasul..nikan dia plak yang dok ngelabah..Then, kali kedua ni..ustaz lebih berhati2 n hubby aku dapat melafazkan akad nikah...Alhamdulillah..segalanya berjln lancar..Bila time nak bagi duit mas kawin..Ustaz ni suruh cakap" Sayang ni duit mas kawin dari abang..."..so hubby aku yang dok malu2 ikut je cakap ustaz..so ape lagi..riuh rendah la gelak org yang berada dlm umah aku...Buat Ustaz Hamzah..."ustaz sudah terlaksana hajat ustaz nak tengok saya kawin...Terima Kasih coz berikan nasihat buat kami sebelum mendirikan rumahtangga..."
Gambar di hari persandingan..

Rahsia Surah Al-Kautsar

Bismillah... .......hirohma. ..nir'roh himm.....

"Innaa'kthoina'kalkautsar, fashallilirabbikawa nhar, innashania'ka huwal abtar".

Subject: RAHSIA SURAL-KAUTSAR
Surah Al-Kautsar
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.
Wassallam

Friday, June 13, 2008

Blog Oh Blog...

Minggu ni opis aku dilanda 'demam blog'...sume budak opis aku nak wat blog..sronok tgk kami dok ralik wat blok..lagipun ade sorang budak opis yang dpt bertukar ke kuantan..so dia paling xcited nak wat blog sendiri..maknenya da ramai le org tau kemunculan blog aku n mengomen kat blog....so xde le aku syok sendiri...

Ari ni gak (Jumaat, 13hb Jun) ade majlis Tazkirah dan Tahlil agama yang bertajuk "Bahagiakah Aku"..oleh tuan kadi Raub..ni merupakan aktiviti yang dianjurkan oleh kelab kami..maknenya sambil bekerja leh le kita membuat amal ibadah...Dengan adenya tazkirah ini aku dpt bnyk info2 serta dpt menyedarkan diri aku sebagai seorg hamba Allah..ye la kita ni manusia xsunyi dr membuat kesilapan...jadi tazkirah ini dpt ingat-mengingati kita sesama manusia...














Tuan kadi tengah kusyuk memberi tazkirah,aku yang pkai baju pink..bersungguh benar mendengar tazkirah....













Ni gambo budak2 opis aku..sumenya come2 belake..gambo ni diamek untuk kenangan2 buat kak ain...(amek pakai laptop kak ain yang baru beli)

Wednesday, June 11, 2008

Kenangan Abadi..

Semalam 11hb Jun 2008,unit kami telah mengadakan jamuan perpisahan buat akak senior kami yang akan bertukar ke jabatan lain. Plannya nak wat 'surprise party' untuk akak ain..tapi last2 dia tau gak..Sungguh happening jamuan kami..makan tengahari..lauk pauk kami bawak dari umah memasing..mujur la unit kami ade cheff yang pandai masak..rendang ade, sambal ikan tamban, makaroni, dan paling bestnya pudingnya..selain itu ade gak gulai asam rom ayam, goreng ikan, goreng telur dadar n sambal belacan bersama ulam-ulaman..Rase bersyukur ngat coz kami dapat gak wat jamuan untuk satu pejabat yang beso leh makan.maklumlah unit kami tgal bebudak muda2 termasuk aku.hehehe..
Gambar makanan untuk jamuan..macam2 ade..


Kak Ain control ayu amik adiah.."beratnya..adiah ape ni???"

Kek best yang disponsor oleh adik yang paling best.
Dalam kami bersukaria mengadakan jamuan, kami tetap bersedih coz akak yang paling senior kat unit aku da nak bertukar ke jabatan lain..penggantinya akan dtg next monday..Buat kak ain, semoga akak dapat bertugas dengan baik kat jabatan lain(kat raub gak).Ingat-ingat la adik-adik akak kat unit ni..Maafkan segala salah laku kami yang slalu membuat akak naik darah..Segala kenangan bersama-sama akak akan menjadi kenangan abadi buat kami....So da xde orang lama kat unit kami daa...