Sunday, October 5, 2008

SeLaMaT HaRi RayA AidiLfItRi..

Pejam celik,pejam celik..da sebulan kite berpuasa..Kini tibalah bulan Syawal..Tahun ni merupakan pengalaman pertama aku beraya di umah mertua di Pekan Pahang..Tahun lepas bulan Syawal aku berpantang di umah..so tahun ni turn aku beraya kat sane
Pagi 28hb September..bersamaan 28 Ramadan, aku bertolak pulang ke Pekan..Sayu hati aku bila bersalaman dengan mak..iyelah,,selalunya aku la yang sibuk dipagi raye menyusun kueh dlm bekas..memang sedih..tapi aku control macho..
Sepanjang perjalanan aku tgk kat umah org..byk je kete..anak2 diorg balik beraya..mesti hepi mak n ayah diorang..
Beraya kt umah mertua, memang berlainan..yelah pagi2 sblm subuh da kena bngn..tolong kakak ipar aku masak..mcm2 die msk..ade rendang daging, nasi minyak, ayam masak merah..kuih apam berkuah(aku xpenah mkn pon), dan nasi impit..aku saje jela sibukkan diri..kalo x sure nangis..
Tahun ni gak first time aku beraye ngan adib..tahun lepas die kecik g..ni da setahun umo die..Aku siapkan die..pakai baju melayu..come toi..Tahun ni kami 3 beranak pakai baju wane sedondon..kaler merun.. Di kesempatan ni jugak, aku n family nak mohon ampun dan maaf kepada kengkawan sekiranya ada salah dan silap...

GAMBAR-GAMBAR HARI RAYA..

3 beranak di pagi Syawal..merenung jauh teringatkan kg halaman.. Adib dan Wan p beraye (syawal ke 2)


Hepi Besday Adib
Alhamdulillah, tanggal 27hb September 2008..Adib da berusia 1 tahun..Aku bersyukur sangat pada Allah..kerna memanjangkan umo Adib..Segala penat lelah menjaga Adib terbalas gak bile tgk Adib membesar dengan baik..Doa Ibu dan Abah sentiasa bersama Adib..semoga Adib menjadi anak yg Soleh dan menjadi kebanggaan IBu, Abah dan Wan.
Kek besday Adib disponsor oleh ibu


Adib berumur satu tahun:


1) Dah pandai berdiri sendiri dan berjalan setapak dua.
2) Dah kenal orang..takut kat org lelaki yang jarang dijumpainya.
3) Pandai mengikut ibu dan abah..
4) suka sangat naik motor.
5) Ada 8 batang gigi.
6) Mulut becok..tapi xtau cakap ape..
7) Pandai sebut abah dan buuu...
8) Payah nak tidur siang.